Monday, February 14, 2011

mampu kah ia bertahan

kehidupan ini penuh dengan ranjau..kta pasti akan melalui liku2 kehidupan yang pelbagai..sedih, gembira, marah, menangis dan sebagainya..bagi saya, kehidupan ini perlu diteruskan walaupun kadang2 kita terasa perit dan sangat penat..namun kekuatan diri mendorong untuk terus melangkah dan melangkah untuk pergi lebih jauh lagi..

dalam diri kita masing2 sudah tentu punya keazaman yang tinggi untuk berjaya dalam kehidupan..tapi kita tidak boleh berjalan tanpa sokongan daripada individu2 tertentu..mungkin orang yang kita sayag..keluarga mahu pun sahabat2 yang setia..terima kasih kepada mereka semua

pada sudut yang lain pula..jikalau kita menyayangi seseorang itu..haruslah kita setia kepada mereka..jangan sakitkan hati mereka..jangan cuba untuk berdolak dalih lagi.kerana orang yang kita sayang itu lah yang menjadi kekuatan diri kita..walaupun payah, kita harus sedaya upaya untuk mempertahankan ikatan kasih sayang itu..tapi kita harus jujur dan setia kepada mereka..jangan membohongi mereka..kerana mereka tidak tahu apa yang sedang kita perbuat..bertahan untuk terus menyayangi walau apa pun yang berlaku..jaga lah hati mereka, sebagaimana kita menjaga diri kita sendiri..

kadang2 faktor keadaan membuatkan kita rasa bersalah..diatas apa yang telah berlaku..tapi semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya..keadaan2 yang tidak menentu..fikiran akan menjadi runsing yang boleh membuatkan kita berfikiran yang bukan2..seperti diri saya sendiri..saya tahu kekurangan saya..dan mengaku segala kekurangan..kekurangan dan kelemahan saya bukan lah dipinta..tapi saya tidak berdaya untuk melawan kuasa Tuhan yang maha Esa..saya terima segala kekurangan ini dan redha apa yang telah berlaku ke atas diri saya..mungkin suatu hari nanti akan ada keajaiban yang berlaku supaya saya dapat memperbetulkan kelemahan saya.

kepada orang yang saya sayang..saya mohon maaf sekiranya selama ini saya pernah lukakan hati awak, saya cuma insan biasa yang tidak sempurna..maafkan saya jika sikap saya ini tidak meyenangkan awak..maafkan saya kerana tidak dapat menggembirakan awak..maafkan saya kerana membuat awak sedih..maafkan saya kerana tidak memahami perasaan awak..tapi, walau apa pun keadaan saya, saya akan sentiasa menyayangi awak..awak sentiasa di hati untuk selama yang mungkin.terima kasih kerana menyayangi saya selama ini,

No comments:

Post a Comment