Thursday, February 24, 2011

UNDUK NGADAU (SABAH BEAUTY PAGEANT)

           Pertandingan ratu cantik secara rasminya bermula di Penampang pada tahun 1960-an dan sehingga kini diadakan di daerah ini. Pertandingan ini diadakan ketika musim menuai iaitu pada 30 dan 31 Mei (Pesta Menuai) setiap tahun. Uniknya, daerah Penampang merupakan satu-satunya daerah yang mengadakan pertandingan seumpamanya di negeri Sabah, malahan di Malaysia pada setiap tahun secara amnya. Pada awalnya, pertandingan ratu cantik pada era 60-an dikenali sebagai Miss Kadazan, kemudian lewat 70-an ditukar kepada Miss Harvest Festival. Pada tahun 1980-an pula, pertandingan ratu cantik ini dikenali sebagai Ratu Kaamatan dan kemudiannya bermula pada tahun 1991 hingga ke hari ini, pertandingan ini dikenali sebagai ‘Unduk Ngadau’.
           Unduk Ngadau merujuk kepada semangat Huminodun. Unduk Ngadau berasal dari perkataan “runduk tadau”, yang bermakna “gadis yang dimahkotakan sinaran cahaya matahari”.
Dikatakan, selepas Huminodun dikorbankan oleh Kinoingan, selepas tujuh hari Unduk Ngadau muncul dari kakanan dan dipercayai sebagai jelmaan semangat Huminodun. Unduk Ngadau juga dikatakan sebagai orang yang pertama mengajar Bobohizan atau pakar ritual tradisional mentera yang diamalkan sehingga sekarang.
Semenjak itu perkataan Unduk Ngadau digunakan bagi melambangkan kecantikan dan kebaikan budi bahasa Huminodun. Pertandingan ratu cantik Unduk Ngadau akan diadakan pada setiap tahun ketika perayaan Pesta Kaamatan.

senarai pemenang Miss Kadazan 1960-1970
· 1960 YONG MEE LAN (Penampang)
· 1961 TALIAN BUNAL (Papar)
· 1962 MARCELLA TIANSIM (Papar)
· 1963 MARY BADAK (Putatan)
· 1964 RITA BAGONG (Tuaran)
· 1965 MOLINA DANIAL (Papar)
· 1966 PATRICIA SINIDOL (Penampang)
· 1967 FLORENCE BIBI (Papar)
· 1968 RITA MOJILIS (Penampang)
· 1969 SYLVIA TOTU (Penampang)
· 1970 HELEN MOJINIL (Penampang)

senarai pemenang Miss Harvest Festival 1971-1980

· 1971 MARY JAIKO IMBAYAN (Tamparuli)
· 1972 EVELYN SINIDOL (Penampang)
· 1973 PRISCA TIKO (Penampang)
· 1974 SUSANNA JIPANIS (Penampang)
· 1975 RITA SIKAWA (Penampang)
· 1976 EDWINA TOTU (Penampang)
· 1977 MARY MAJORIE KINJAU (Penampang)
· 1978 VERONICA JEFFERIN (Penampang)
· 1979 MARY SOLLY (Penampang)
· 1980 ROSLINA AMIT (Tuaran)

senarai pemenang Ratu Kaamatan 1981-1990

· 1981 JANET DABI (Penampang)
· 1982 MARGARET DOLLY JIMAYOL (Penampang)
· 1983 JANET KINJAU (Penampang)
· 1984 ESTHER SIKAYUN (Penampang)
· 1985 FLORENCE JIPIU (Penampang)
· 1986 JOHANNA SYBIL DISIMOND (Penampang)
· 1987 JOAN GLORY TOMMY (Penampang)
· 1988 JENNY ALASA (Penampang)
· 1989 DEIDRE PETER MOJUNTIN (Penampang)
· 1990 JULIA AGUSTINE (Penampang)

senarai pemenang UNDUK NGADAU 1991-2000 
· 1991 SYLVIA SANDRALISA OROW (Tuaran)
· 1992 ANITA PUDIN (Penampang)
· 1993 LUZIE THAM (Inanam)
· 1994 AGATHA NORA LOJIMIN (Penampang)
· 1995 JUSTINAH MANIUS (Kawang)
· 1996 LYNNFERA WONG (Sandakan)
· 1997 JANE LISAMARIE WILLIAM (Bongawan)
· 1998 JEREMIA GINAJIL (Inanam)
· 1999 KATHIE RENJUS (Inanam)
· 2000 RAJINAH INTANG (Melalap)

Senarai pemenang UNDUK NGADAU 2001-2010

- 2001 NICOLITA SANSEH MASI (petagas)

- 2002 PATRICIA RAYMOND (kiulu)

- 2003 DAPHNE IKING (lembah klang)

- 2004 FHARELYNNE IVONNE HENRY ( tamparuli)

- 2005 MADEYLINE NANDU (penampang)

- 2006 DEVENNA JAIKOB ( Tuaran)


- 2007 JO-ANNA SUE HENLEY RAMPAS (Kiulu)


- 2008 LEONIE LAWRENCE GONTUNI (Penampang)


- 2009 APPEY ROWENA JANUIN (Papar)


- 2010 CRYSTAL EVE (Tanjung Aru)


Crystal ratu Unduk Ngadau 2010 PDF Print E-mail
Administrator / Tuesday, 01 June 2010 19:06


Oleh LINZ BOKARACHAI

Crystal Eve Huminodun dari Tanjung Aru dinobatkan sebagai juara ratu Unduk Ngadau sempena perayaan Pesta Kaamatan 2010 peringkat Negeri Sabah berlangsung penuh gilang-gemilang di Dewan Hongkod Koisaan KDCA di Penampang petang Ahad lepas. Menewaskan tujuh finalis saringan akhir pada pertandingan ratu cantik paling berprestij itu, Crystal memenangi sebuah tropi dengan hadiah wang tunai RM3,500 berserta mahkota ratu, selendang dan sejambak bunga.

Isteri kepada Yang Dipertua Negeri, Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Dayang Masuyah binti Awang Japar memahkotakan gelaran ratu Unduk Ngadau kepada Crystal yang teruja tatkala tidak menyangka kemenangan sungguh manis buat beliau.

Crystal turut membawa pulang sebuah telefon bimbit jenama IPhone, hamper barangan produk Nestle dan DIGI disamping barangan kecantikan dengan baucer rawatan Spa, tiket pergi-balik ke Filipina serta tajaan pengajian diploma ke Institut Pelancongan Asia (ATI).

Naib johan disandang Rochelle Fayrenie dari Penampang meraih sebuah tropi, wang tunai RM2,500 berserta sejambak bunga, barangan produk Nestle dan DIGI, telefon bimbit model 3G dengan isian semula sebanyak RM300.

Tempat ketiga Lydia John Alai dari bandaraya Kota Kinabalu meraih sebuah tropi, wang tunai RM1,500 berserta sejambak bunga, barangan produk Nestle dan DIGI, telefon bimbit model 3G dengan isian semula RM200 di mana kedua-dua pemenang ini turut menerima produk barangan kecantikan.

Sementara itu, tempat keempat hingga ketujuh masing-masing diraih oleh Ledesma Steven (Tuaran), Hannavey Vivie Harry (Tambunan), Elforina Jolius (Pitas) dan Debrah Fiona Alexius (Likas).

Ratu popular DIGI jatuh kepada finalis dari Kinabatangan iaitu Einny Emil dan dengan kemenangannya ini meraih wang tunai RM200, telefon bimbit jenama 3G Nokia dengan isian semula RM500 berserta sejambak bunga dan mahkota.

Pertandingan yang mengambil kira kecantikan, tingkahlaku, persembahan, jawapan, soal jawap itu telah diadili seramai lima orang juri awam dan seorang juru odit diketuai selebriti popular berasal dari Sabah, Daphne Iking.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment